Category

Saturday, 10 May 2014

Alkisah...

Alkisah sebiji burger...
Malam itu, Ali bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Ali teringat bahawa dompetnya tertinggal dan tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Ali tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
KAli harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Ali melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Ali dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Ali.
Beberapa minit kemudian, Ali mengalirkan air mata... “Mengapa nak?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Ali sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada saya, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Ali lagi.
Mendengar kata-kata Ali, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Ali amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Ali asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Ali memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah..
“Maafkan saya mak. Semua salah Ali… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Ali melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.
“Ali masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Ali
terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu... tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?
Senyum...

SELAMAT HARI IBU BUAT PARA IBU DI LUAR SANA...
I LOVE MY MOM...

No comments:

Post a Comment