Sunday, 6 April 2014
Kisah 3 Perkara...
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:�
"apa yg kamu suka dari dunia ini?"�dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1.duduk2 bersama rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "
lalu rasullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:�
1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:
1.memberi makan�
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"
"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:
1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"
kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra�
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.lapar
2.sakit
3.mati"
kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,�
"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.�
aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"
kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"
kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.
kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment